Assalamualaikum w.b.t ..
Alhamdulillah. Kita diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam ke 3 pada tahun ini. Hari nie genap 11 hari umat islam menjalankan ibadah puasa, genap 11 hari jugak saya berpuasa :) Dan sangat bersyukur sebab tahun nie dapat puasa kat rumah bersama keluarga tercinta. Sebelum nie di perantauan (segamat) *Perantauan lah sangatt kan. hehe. Erm, bila dah puasa kat rumah nie makan semua mak masak sedap sedap. Teringat masa puasa kat segamat dulu, sahur kadang kadang tak bangun pon, kalau bangun pon minum milo, takpon minum air kosong. Tapi selalunya memang tak bangun pon. Cerita pasal sahur teringat kisah masa part 1 dulu, kisah seram tak seram sangat lah kan. haha. Cerita dia macam nie, suatu hening malam di bulan ramadhan, masa tengah tengah tidur tiba tiba dengar bunyi tin. Nak bukak mata takut, lepastu bukak jugak lah nak intai sapa yang main main tin nie. Tiba tiba~ Nampaklah hamba allah nie dengan duduk bercangkung menghadap belakang dengan rambut yang panjang mengurai sedang berusaha membuka tin. Dalam ketakutan dan dengan cahaya yang samar samar saya pon menggosok mata untuk memastikan yang sebenarnya. Gosok punya gosok, lalu hamba allah itu pon berpaling, dan....... Ya ! itu Farahin. Pastikah? Sangat pasti. haha. Rupa rupanya roomate saya. Mencari biskut untuk bersahur. Rupa rupanya bukan saya saja yang terbangun, kak emy roomate saya pon tersedar tapi tak berani tegur takut benda lain. haha. Rindu sungguh saat itu, pertama kali berpuasa di perantauan. Bersahur, pergi bazaar dan Berbuka bersama sama. Diam tak diam 3 tahun berpuasa di sana. Setiap semester mempuyai kenangan yang terindah. Terima Kasih semua ! Rindu + Sayangg ♥
Okay, cerita pasal ramadhan tahun nie pulak, kalau boleh nak cuba buat lebih baik berbanding sebelum nie.
# Ramadhan :
*Kena jaga Mata, Mulut, Telinga, Hati dan semua anggota badan. hehe.
*Jangan belanja berlebih lebihan. Bersederhana kan lebih baik :)
*Kurangkan berat badan, bukan menambah berat badan.
*Tinggalkan sifat Mazmumah, Tingkatkan sifat Mahmudah.
*Bulan untuk menambah amal ibadat dan amal kebajikan.
*Semua syaitan kena ikat, jadi kalau ada niat nak buat benda benda tak baik tu semuanya di atas sebab diri kita sendiri. Jadi, Pandai pandai lah kita kawal diri dan nafsu. ok?!
Semua orang mesti nak buat yang lebih baik kan. Tapi biasalah benda baik kalau nak buat mesti banyak dugaan. Yang penting kena ikhlas dan banyakkan berdoa. Insyaallah :)
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.
No comments:
Post a Comment