Begitu pantas masa berlalu, kita sudah di hari hari terakhir Ramadhan.
Kurang seminggu je lagi untuk kita menyambut Syawal dan meninggalkan Ramadhan. Tiba tiba hati terasa pilu. Pilu untuk meninggalkan Ramadhan.
Entah kenapa, Syawal yang akan tiba nie, tidak membuatku merasa excited seperti sebelum sebelum ini. Excited untuk menjamah lemang, ketupat dan rendang di pagi raya, Excited untuk menyarung pakaian baru di pagi raya, Excited untuk menonton rancangan rancangan TV yang menarik dan macam macam lagi. Entah kenapa aku tak merasakan perasaan excited itu seperti tahun tahun lalu. Mungkinkah kerana aku semakin matang. Mungkin juga kerana cuma sementara aku dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana perlu menyambung pengajianku (*Tapi tak mungkinlah, sebelum nie pon sama je, raya kat rumah seminggu jugak ). Dan mungkin jugak sebab yang paling munasabah kerana tahun nie, aku berpuasa sepenuhnya di rumah. Sentiasa disisi keluarga tercinta. Jadi, perasaan rindu nak beraya bersama family tu kurang. Perasaan tu ada, mestilah ada, cuma mungkin kurang sikit rindunya tu. Ermm, Mungkinn. Dulu time nak raya la paling excited, excited nak balik rumah. Lagu raya pasang tiap tiap malam kat bilik. Malam malam jugak mengalir airmata rindu nak balik jumpa mak, abah, kakak kakak dan adik.
# Gambar gambar kat bawah nie masa berpuasa kat Segamat. Sungguh. Aku Rindu. T_T
![]() |
| Minggu akhir puasa tahun lepas (2010). Balik dari dengar ceramah Ramadan :) |
![]() |
| Tahun lepas jugak : Berbuka Puasa bersama. (Mira. Nasha. Mai. Lea) |
![]() |
| Sem 1 (2008) : Berbuka dengan kawan kawan sekelas. |
![]() |
| Tahun Lepas : Berbuka pizza dengan roomate. *Ain |
![]() |
| Pika lah yang belanja kami pizza tu. Roomate : Pika (pakai spek) and ekyn. |
Berbeza pulak dengan raya yang akan menjelang tak lama lagi nie. Tinggal seminggu je lagi, tapi lagu raya nak dengaq pon takdak feeling lagi. Taktaw lah kalau dengaq takbir raya nanti baru wujud perasaan tu kot. Selalunya macam tu. Aidilfitri nie jugak mungkin aku akan sibuk, sibuk menguruskan urusan keluarga dan urusan untuk pendaftaran degree. Apa apa pon, bagaimana sibuk pon. Aktiviti meluangkan masa beraya bersama rakan rakan tercinta pasti takkan di lupa. Sebab time raya je yang dapat berkumpul beramai ramai. # Haa, baru teringat. satu je yang tak hilang hilang excited dari kecik sampai sekarang. * excited nak dapat duit raya. Hikhik.
Okay lah, tu saja dulu. * Takmau ucap apa apa lagi kat sini, sebab belom masanya. Tunggu Entry untuk raya nanti ye :)
Assalamualaikum.




