Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha !

Assalamualaikum. . .

Di kala mempunyai kesempatan dan kelapangan ini,
Saya Suhazlea, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha !
Kepada semua kawan kawan. =)
Salah dan Silap di Mohon Kemaafan.

#PantunEmpatKerat#

Indah Langit kerana Awan,
Indah Laut kerana Kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana Kemaafan,
Indah Aidiladha kerana Pengorbanan !

Sekian, Wassalam ~

Saturday, September 3, 2011

Saye nak wish sesuatu laa....

Taktaw kann... 

Dah taw???
Takde takde..
kalau dah taw pon nak bagitaw jugak !
Heeeee ~ =P

 


       SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 !
                    MAAF ZAHIR & BATIN



Dari saye : Noor Suhazlea  =)


Sekian, Terima Kasih.

Assalamualaikum ~

Wednesday, August 24, 2011

Syawal Dalam Perjalanan Tiba.

Begitu pantas masa berlalu, kita sudah di hari hari terakhir Ramadhan.
Kurang seminggu je lagi untuk kita menyambut Syawal dan meninggalkan Ramadhan. Tiba tiba hati terasa pilu. Pilu untuk meninggalkan Ramadhan.

Entah kenapa, Syawal yang akan tiba nie, tidak membuatku merasa excited seperti sebelum sebelum ini. Excited untuk menjamah lemang, ketupat dan rendang di pagi raya, Excited untuk menyarung pakaian baru di pagi raya, Excited untuk menonton rancangan rancangan TV yang menarik dan macam macam lagi. Entah kenapa aku tak merasakan perasaan excited itu seperti tahun tahun lalu. Mungkinkah kerana aku semakin matang. Mungkin juga kerana cuma sementara aku dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana perlu menyambung pengajianku (*Tapi tak mungkinlah, sebelum nie pon sama je, raya kat rumah seminggu jugak ). Dan mungkin jugak sebab yang paling munasabah kerana tahun nie, aku berpuasa sepenuhnya di rumah. Sentiasa disisi keluarga tercinta. Jadi, perasaan rindu nak beraya bersama family tu kurang. Perasaan tu ada, mestilah ada, cuma mungkin kurang sikit rindunya tu. Ermm, Mungkinn. Dulu time nak raya la paling excited, excited nak balik rumah. Lagu raya pasang tiap tiap malam kat bilik. Malam malam jugak mengalir airmata rindu nak balik jumpa mak, abah, kakak kakak dan adik.
# Gambar gambar kat bawah nie masa berpuasa kat Segamat. Sungguh. Aku Rindu. T_T

Minggu akhir puasa tahun lepas (2010). Balik dari dengar ceramah Ramadan :)
Tahun lepas jugak : Berbuka Puasa bersama. (Mira. Nasha. Mai. Lea) 
Sem 1 (2008) : Berbuka dengan kawan kawan sekelas. 
Tahun Lepas : Berbuka pizza dengan roomate. *Ain
Pika lah yang belanja kami pizza tu. Roomate : Pika (pakai spek)  and ekyn.

Berbeza pulak dengan raya yang akan menjelang tak lama lagi nie. Tinggal seminggu je lagi, tapi lagu raya nak dengaq pon takdak feeling lagi. Taktaw lah kalau dengaq takbir raya nanti baru wujud perasaan tu kot. Selalunya macam tu. Aidilfitri nie jugak mungkin aku akan sibuk, sibuk menguruskan urusan keluarga dan urusan untuk pendaftaran degree. Apa apa pon, bagaimana sibuk pon. Aktiviti meluangkan masa beraya bersama rakan rakan tercinta pasti takkan di lupa. Sebab time raya je yang dapat berkumpul beramai ramai. # Haa, baru teringat. satu je yang tak hilang hilang excited dari kecik sampai sekarang. * excited nak dapat duit raya. Hikhik.

Okay lah, tu saja dulu. * Takmau ucap apa apa lagi kat sini, sebab belom masanya. Tunggu Entry untuk raya nanti ye :)

Assalamualaikum.

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t ..

Alhamdulillah. Kita diberi kesempatan untuk menunaikan rukun islam ke 3 pada tahun ini. Hari nie genap 11 hari umat islam menjalankan ibadah puasa, genap 11 hari jugak saya berpuasa :) Dan sangat bersyukur sebab tahun nie dapat puasa kat rumah bersama keluarga tercinta. Sebelum nie di perantauan (segamat) *Perantauan lah sangatt kan. hehe. Erm, bila dah puasa kat rumah nie makan semua mak masak sedap sedap. Teringat masa puasa kat segamat dulu, sahur kadang kadang tak bangun pon, kalau bangun pon minum milo, takpon minum air kosong. Tapi selalunya memang tak bangun pon. Cerita pasal sahur teringat kisah masa part 1 dulu, kisah seram tak seram sangat lah kan. haha. Cerita dia macam nie, suatu hening malam di bulan ramadhan, masa tengah tengah tidur tiba tiba dengar bunyi tin. Nak bukak mata takut, lepastu bukak jugak lah nak intai sapa yang main main tin nie. Tiba tiba~ Nampaklah hamba allah nie dengan duduk bercangkung menghadap belakang dengan rambut yang panjang mengurai sedang berusaha membuka tin. Dalam ketakutan dan dengan cahaya yang samar samar saya pon menggosok mata untuk memastikan yang sebenarnya. Gosok punya gosok, lalu hamba allah itu pon berpaling, dan....... Ya ! itu Farahin. Pastikah? Sangat pasti. haha. Rupa rupanya roomate saya. Mencari biskut untuk bersahur. Rupa rupanya bukan saya saja yang terbangun, kak emy roomate saya pon tersedar tapi tak berani tegur takut benda lain. haha. Rindu sungguh saat itu, pertama kali berpuasa di perantauan. Bersahur, pergi bazaar dan Berbuka bersama sama. Diam tak diam 3 tahun berpuasa di sana. Setiap semester mempuyai kenangan yang terindah. Terima Kasih semua ! Rindu + Sayangg ♥

Okay, cerita pasal ramadhan tahun nie pulak, kalau boleh nak cuba buat lebih baik berbanding sebelum nie.
# Ramadhan :
*Kena jaga Mata, Mulut, Telinga, Hati dan semua anggota badan. hehe.
*Jangan belanja berlebih lebihan. Bersederhana kan lebih baik :)
*Kurangkan berat badan, bukan menambah berat badan.
*Tinggalkan sifat Mazmumah, Tingkatkan sifat Mahmudah.
*Bulan untuk menambah amal ibadat dan amal kebajikan.
*Semua syaitan kena ikat, jadi kalau ada niat nak buat benda benda tak baik tu semuanya di atas sebab diri kita sendiri. Jadi, Pandai pandai lah kita kawal diri dan nafsu. ok?!

Semua orang mesti nak buat yang lebih baik kan. Tapi biasalah benda baik kalau nak buat mesti banyak dugaan. Yang penting kena ikhlas dan banyakkan berdoa. Insyaallah :)

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Monday, July 25, 2011

Kami + Cuti


Macam biasa. Bila tiba cuti semester ( pertengahan / akhir) aktiviti wajib kami pergi tengok wayang, hehe. *Kami tu saya, Adillah dan Zatybila. They are my Best Friend ♥. Pergi mana mana mesti kami bertiga, memandangkan cuti sem kami sama * uitm :)  Tapi sekarang nie cuti saya dengan Bila je yang sama, cuti 4 bulan. Sebelum masuk degree bulan 9 nanti. Jadi, berbalik pada cerita asal. cuti pertengahan sem haritu kami pun memulakan perancangan untuk ke Mid Valley. Memandangkan itu je yang mudah dan cepat. Dan seperti biasa saya yang akan terlambat. Walaupun dah bangun awal awal pagi, *psst : tapi haritu memang terbangun lambat pun, hee. Ingatkan sempat kejar train macam selalu, tapi masa tu tak sempat pulak. Nak tak nak kena la tunggu lagi sejam. Terus SMS Dila, buat buat ayat kesian cakap, kalau korang nak pergi dulu takpela. Kita jumpa kat Mid. Lepas tu Bila call cakap, okay. kita jumpa kat Mid, kitorang makan MacD dulu tau. Sedihnya, nampaknya buat ayat kesian tadi tak menjadi. Masa nak turun kat Rawang dapat SMS dari Dila cakap diorang tunggu kat Rawang, hehe. Seronoknya, tau sangat. Dila ngan Bila memang tak sampai hati nak tinggal saya sorang sorang naik train. sebab tu saya sayang diorang sangat sangat ♥ hehe. 

Sampai sampai je kat Mid terus pergi MacD, semua dah lapaq sangat. Sembang sembang lepas rindu, gosip gosip, lepastu gaduh gaduh manja, haha. Sorang nak tengok wayang, sorang taknak. saya? ikutkan saje. hehe. Tak kesah la labu, asalkan dapat keluaq ngan korang. hehe, ayat maniss. Lama jugak tunggu diorang nie gaduh gaduh manja, akhirnya kata sepakat dibuat untuk tengok wayang. Terpengaruh jugak la Bila dengan ayat ayat kesian si Adillah. Lagipun aktiviti wajib kan, hehe. Kami pun tengok wayang, cerita Flat 3A. Mula mula nak tengok Harry Potter, tapi *konon nya takmau balik lambat, tu yang tengok cerita melayu, cepat sikit habis. Habis tengok wayang jalan jalan cuci mata, nak shopping kat Mid memang tak laa. kalau nak shopping baju pun selalu masuk F.O.S. sesuai untuk kami golongan sederhana. Haritu pun beli sorang sehelai baju je. Lepas tu jalan jalan lagi nampak MPH, nak tengok tengok novel pulak. Tengok punya tengok, pilih punya pilih sampai tak sedar dah pukul 6 lebih. terus buat keputusan nak balik. Hasilnya? Sorang satu Novel je. =.="  Okaylah tu, dari tak beli kan. Dah nak balik tunggu train delay pulak, pukul 9 jugak la sampai rumah. *Konon lah nak balik awal, kan.  Nasib baik mak abah cool je. Mungkin dah percaya anak mereka dah pandai jaga diri kot. hehe. 21 tahun? Jom daftar mengundi. haha. tu dah Lari Topik okay ! hee. 
Okaylah. Assalamualaikum :) 


                                                    * My Best Friends ♥

                                                

                                                    * Nyum2.. MacD my favorite ! :)

Saturday, July 2, 2011

Alhamdulillah ! Terima Kasih, Ya ALLAH !

Ya ALLAH, rasa bersyukur sangat bila check result degree semalam tertera ayat
" Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda berjaya dan anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM " :
(BM226) Sepenuh Masa
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (PERNIAGAAN ANTARABANGSA)
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN.
KAMPUS: B8-UiTM Kampus Puncak Alam.

Tambah gembira dan bersyukur bila dapat course and tempat yang kita nak :)
Dan bila dapat taw permohonan kawan kawan lain pon berjaya. 

Untuk kawan kawan yang permohonan tak berjaya tu. InsyaALLAH, mungkin ada yang lebih baik tertulis untuk anda. Jangan putus asa, cuba lagi. Buat yang terbaik ! ALLAH SWT pasti menunjukkan kebesaran dan kuasaNya bagi hamba yang sabar dan tak kenal putus asa. Jadi, jangan pernah Menyerah ! okayy ;) Saya sentiasa mendoakan anda, kawan. ♥

Assalamualaikum :)

Tuesday, March 29, 2011

Segalanya Pasti yang Terbaik =)

Assalamualaikum...
Memang dah lama sangat tak dapat nak update blog nie.
Alhamdulillah, hari nie berkesempatan untuk post new entry ^_^

Sekarang nie kalau jumpa kawan2 sama batch je, semua asyik tanya pasal permohonan Degree. Memang nampak sangat la semua dah excited nak habiskan Diploma nie kan. Memang pon~ hehe..
Tapi, terasa berat nak tinggalkan pon ada, Biasa lah tu. Lumrah!
Hurmm, Rindunya~ Teringat masa mula mula masuk dulu. Pejam Celik dah 3 tahun dah, kejap je kan. Tapi, Life must go on. Setiap permulaan mesti ada Pengakhiran. Dan saya dah bersedia untuk itu :) and This is what I choose :

1st : Degree in International Business.
2nd : Degree in International Business.
3rd : Degree in Human Resources.
4th : Degree in Human Resources.

Ya ALLAH, semoga aku dan semua rakan rakanku dapat Grad On Time, dan dapat menyambung pengajian kami di peringkat ijazah. Aminn.